Luahan Y #2

Saya sudah terkena. Saya dah terkena benda yang tidak sepatutnya saya kena.

Suka.

Saya tersuka dia. Saya nak dia teman saya. Saya nak dia jadi penawar dikala suka dikala duka. Saya nak berada di sisi dia. Saya nak pegang tangan dia. Saya nak pandang & tenung mata dia. Saya nak bersama dia. Saya..tak sengaja tersuka dia yang tak boleh saya buat apa-apa.

Saya frust. tertekan. Sebab dia dah berpunya. Berpunya pada susuk yang lebih baik, yang lebih elok dari saya. Berpunya pada susuk yang serasi dengan diri dia. Saya, tak boleh buat apa-apa lagi.

Saya hanya mampu peram perasaan ini sehingga ia membusuk berulat di hati ini. Sehingga ia makan sebahagian hati ini. Sehingga ia akhirnya hilang seperti najis yang hilang dari usus perut.

Itulah nilai perasaan ini. Itulah nilai yang saya kadarkan. Tidak, ini bukan "oh cintaku yang suci", ini hanyalah mainan rasa,setelah sekian lama kesunyian berseorangan, itulah rasa yang timbul; dalam kalangan orang yang tidak sepatutnya diperasaankan.

Setiap kelibat & suaranya membuat saya berdebar tanpa punca. Saya hanya perlukan sebab untuk membenci dia. Banyak sebenarnya, cuma ia jarang keluar dari akalku. Dia seorang yang tidak sebegitu tulus, ada niat di sebalik percakapannya. Simpatinya bersebab. Mengadili orang tidak kira waktu. Saya yakin diriku ini sering diadili dia. Saya yakin di hatinya tersimpan dendam dan rasa tidak percaya pada diri ini. Saya yakin,dia membenci saya.

Setiap pergerakan dan hala tujunya membuatku hilang punca. Membuatkan mataku liar mencari-cari dimanakah susuk tubuh itu. Hatiku lega bila dia ada di meja itu. Ku berasa tak selesa bila dia hilang walau sekejap. saya..


...
Saya suka dia. Saya benci diri saya. Saya mahu bersama dia. Saya tak mahu bersama dia.

Saya. c-...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Status report daily report

lets talk about dream,shall we

Luahan Y