Luahan Y

saya Y. tahun ni saya 27. lepas mama pergi saya dapat kerja di sebuah syarikat di kl. gaji tak seberapa. tapi sekurang-kurangnya saya jadi sibuk.

saya rasa semakin lama hati dan perasaan saya semakin tawar. tak tahu benda tu bagus atau tidak. saya rasa tak sedih. saya rasa biasa. sangat biasa. saya agak terkejut.sebab mama baru pergi,tapi saya ok. tak macam masa abah pergi lepas 2011.saya terkena tempias kesedihan tu teruk sekali.

saya bukan pandai.lawa jauh sekali.walaupun tinggi saya ni,tpi berat saya membuatkan bmi saya jadi 36.

saya terasa ingin berpasangan. sebab saya rasa semakin sunyi. sebelum ni memang takmau fikir sebab nak tinggal dengan mama sampai dia pergi.tapi awal pula dia pergi.nak buat macam mana.

cuma. saya takut untuk suka orang kuat sangat.kalau orang tu mati.macam mana saya nak terima hakikat tu?kemungkinan untuk saya bergantung harap pada seorang tu lebih tinggi. saya nak berdamping dengan dia. tapi saya takut kalau tiba saat nyawa ditarik, kesedihan tu datang lagi.



masalah saya sekarang. saya tersuka pada orang yang salah,di waktu yang salah.
saya terlalu fikirkan dia.sampai bawa ke mimpi. dia dah berpunya,baru tahun ni disatukan dengan pilihan hati. pilihannya orang yang saya kenal.

aduh,sakit sangat. ini satu kesakitan.tapi bentuknya lain.saya tak mahu jadi manusia yang memecahkan tali 2 jiwa. walaupun saya tahu dia takkan.TAKKAN. berkongsi rasa seperti saya.

melihat gambar kahwinnya. rasa suka itu akan pudar.tapi dia entah kenapa datang balik. kenapa.kenapa tak boleh hilang langsung?Y? apa yang kena buat Y?
saya dah nampak betapa gembiranya dia dan pilihan hati dia.kenapa tak boleh hilang langsung?

kenapa sakit?kenapa?kenapa kena jadi macam ini?
saya ingat rasa itu boleh hilang.tapi kenapa setiap kali bangun teringat dia.sebelum tidur teringat dia. lepas jumpa,duduk di train,saya recap balik hari saya bersama dia?kenapa? dia dah berpunya.saya tak mahu jadi orang ketiga.dia takkan ada rasa macam saya.kenapa?

hari ni mata saya lekat melihat dia naik train. dia bercakap di telefon. isterinya mungkin.

sakit.

sakit sebab terjatuh cinta pada orang yang salah, di waktu yang salah.

Ulasan